Kehidupan dan kematian adalah hak Allah .... menangguh
dan mempercepatkan kematian makhluknya juga adalah hak Allah .... namun ada perkara
yang boleh menyebabkan ajal seseorang ditangguh dengan izin Allah ... renungi
kisah ini ..Kisah ini berlaku di zaman nabi Ibrahim AS, suatu hari malaikat maut
mengunjungi nabi Ibrahim dan bertanya : "siapakah anak muda yang
mengunjungimu tadi??" Nabi Ibrahim menjawab : "dia adalah sahabat dan
muridku juga, datang memberitahu pernikahannya pada esok hari", jawab nabi
Ibrahim."Sayang sekali....dia tidak sempat meneruskan pernikahannya kerana aku
diperintahkan oleh Allah untuk mengambil nyawanya malam ini", balas
malaikat maut. Nabi Ibrahim terkedu dan semahu-mahunya dia akan mendesak muridnya
mempercepatkan pernikahannya malam ini juga, tetapi langkah baginda seolah-olah
terhenti kerana baginda yakin rahsia kematian adalah menjadi ketentuan dan
hak Allah sahaja.
Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan
menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya.Hari berganti hari, minggu berganti minggu,
bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak
muda ini panjang umurnya.Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim
bertanya kepada Malaikat Maut apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu
menyampaikan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Malaikat
Maut menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut,
tetapi Allah menangguh kematiannya.
“Kenapa Allah menahan tanganmu untuk tidak
mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?” tanya Nabi Ibrahim.“Wahai Ibrahim, pada malam menjelang
pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh daripada kekayaannya. Dan
ini yang menyebabkan Allah memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau
masih melihatnya hidup.”Kematian memang di tangan Allah. justeru itu,
mempercepatkan dan menangguh kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu
melelalui Rasul-Nya, Muhammad bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. jadi,
bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu
adalah SEDEKAH KE JALAN ALLAH.
Maka, pandang
kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila anda menemukan ada kesusahan di depan mata anda, maka sesungguhnya andalah yang
memerlukan pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu dinampakkan oleh Allah
untuk memberi kebaikan kepada anda.
Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah ajalnya akan tiba dan bagaimanakah ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memanjangkan umur, bahkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalah tidak dapat diselesaikannya, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah..
Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah ajalnya akan tiba dan bagaimanakah ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memanjangkan umur, bahkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalah tidak dapat diselesaikannya, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah..
No comments:
Post a Comment